Thursday 5 June 2014

RUTIN LATIHAN

Berikut merupakan antara rutin latihan yang pernah kawan amalkan. Kenapa kawan kata pernah? Sebab agak lama kawan tinggalkan rutin-rutin berikut memandangkan kekangan tugasan harian yang semakin bertambah, rumah yang jauh dari tempat kerja dan masa bersama keluarga sambil menanti kelahiran 'ahli' baru dalam keluarga kami. Haah, ini adalah alasan. Tak baik cipta alasan nak cover kemalasan kita...

Hari kerja Isnin - Jumaat

Skipping 5 minit non stop
Pull up / chin up di palang gayut (pasang di pintu. Ada jual di kedai-kedai fitness dan Tesco)
Pumping (target 100 / minit. Tapi tak capai-capai sampai sekarang. Last yang mampu 96 / minit)
Dumbell swing (sepatutnya kettlebell, tapi guna je la apa yang ada)
Lain-lain senaman kalistenik
Lain-lain senaman beban dengan dumbell
Heavy bag

Lian (latihan dan kefahaman)
Isnin - peringkat Jurus
Selasa - Lian Peringkat 1
Rabu - Lian Peringkat 2
Khamis - Lian Peringkat 3
Jumaat - Lian  Peringkat 4

Wajib
Lian Gulung
Pelampas

Hari cuti (kalau cuti) Sabtu - Ahad

Jogging semampu-mampunya
Lain-lain senaman kalistenik
Lian campur (ikut mood)
Lian-lian asing dan lain-lain pelajaran (latihan dan kefahaman)

Wajib
Lian Gulung
Pelampas

*kefahaman merujuk setakat apa yang kawan faham. Kadang-kadang kefahaman kawan tersasar dari apa yang sepatutnya. Rujuk gurulatih untuk lebih pencerahan.

**nampak je macam rutin. Tapi kadang-kadang tak terbuat jugak.

***waib sepanjang minggu, 1Minggu 1Lian. Buat sendiri kupasan dan kajian pada Lian yang dipilih minggu itu.

Kalau dibaca, latihan yang kawan buat masa hari kerja macam lagi banyak. Dari segi jenis latihan, nampak banyak. Tapi dari segi intensiti, tak sepenat hari cuti. Dan di hari cuti, kawan kurangkan latihan beban luar, tapi lebih menggunakan beban diri sendiri. Kalau rajin, kalu rajin ye, selalunya malas, kawan luangkan masa ke gym berhampiran.

Pelampas dan Lian Gulung kawan wajibkan setiap hari. Ramai yang suka meninggalkan langsung pelampas, namun bagi kawan, itulah senaman yang wajib kita latihkan untuk memastikan senjata lapan kita 'bermata' dan kondisi fizikal kita sentiasa siap untuk sebarang kemungkinan. Pelampas ibarat 'suis' bagi anggota kita. Lian Gulung, bagi pelatih yang sudah mempelajarinya, mengikut turutan silibus Lian Padukan, rajin-rajinkanlah diri untuk dibuat. Masa buat tu cukup seksa - kalau kita buat dengan sempurna, betul-betul grip, press otot-otot luar dalam kita. Namun hasilnya, rasa segar yang amat sangat. Rasa kental tubuh badan. Kalau ada yang berhajat nak menempuhi khatam istiadat bila cukup syarat dan perkenan guru, WAJIB latih lian ini. Kalau tak, masak la berbirat badan kena palu, kena beduk. Dengan apa? Tanya cikgu-cikgu khatam.

Latihan gelanggang, jadikan rutin mingguan yang wajib. Di situ kita nak betulkan gerak kita dan kefahaman kita yang mungkin terpesong, melalui suluhan dari gurulatih.

Masa yang terluang, isikan juga dengan pembacaan, tontonan dan perkongsian dari pelbagai sumber mengenai Lian Padukan sendiri dan lain-lain seni beladiri. Jasad dilatih, minda diasah. Dan sebagai orang Islam, wajibkan Al-Quran sebagai bacaan harian, sikit pun takpe. Jasmani diisi dengan latihan, rohani  juga patut diisi dengan bacaan dan amalan. Baru lengkap kependekaran yang cuba kita semai dalam diri kita.

Dan paling penting, tugasan dan tanggungjawab harian wajiblah ditunaikan dengan sebaik mungkin. Amanah, kan. Perlu diberi keutamaan. Ingat, kita berpencak bukan hanya dengan musuh, kita juga 'bersilat' dengan kenaikan harga barang, keperluan ekonomi keluarga dan lain-lain.

Apa pun, ini sekadar catatan berkenaan cara kawan bersenam harian, untuk kesihatan. Kawan letakkan diri kawan sebagai pejuang baris hadapan bagi keluarga, maka kawan wajiblah usahakan diri kawan agar terhindar dari penyakit, supaya tak terencat tanggungjawab kawan menampung keluarga. Ini pun, setakat usaha kawan. Allah s.w.t bila-bila boleh menafikan perancangan kawan, walau lengkap mana pun kawan bersiap siaga. Mana-mana individu yang meletakkan diri mereka 'pejuang Islam dan bangsa' sejati, lebih-lebih lagi wajib persiapkan diri mereka ROHANI DAN JASMANI. Setakat sembang 'lu gua', bertindik dan 'rasa handal sebab ramai', tak cukup tu.

Grading bakal tiba, kan. Kawan ucapkan selamat maju jaya bagi mereka yang menyertai grading yang dijalankan di HELP university. Pamerkan kekemasan jurus dan lian sebaik-baiknya. Tunjukkan hasil latihan yang kita usahakan. Jangan gentar untuk dinilai, kerana gurulatih-gurulatih semuanya sempoi dalam memberi tunjuk ajar demi penambahbaikan kita,

No comments:

Post a Comment