Saturday 8 February 2014

WARGA BUAH PUKUL - MENYUMBANGLAH KEPADA MASYARAKAT

Soalan 1

Apabila anda memilih untuk menyertai Lian Padukan, sebenarnya anda sudah pun memilih sebuah perguruan yang:

a) sering dicemburui
b) sering difitnah
c) sering jadi mangsa buli 'cyber'
d) sering diadudomba
e) semua di atas.

Jawapan terpulang pada individu. Tapi kalau tanya kawan, kawan akan jawab "e".

Bagi mereka yang rajin ke page atau group atau forum yang melibatkan buah pukul, akan terselit satu dua cacian pada Lian Padukan. Namun bukan semua. Dan yang badi dengan nama 'Lian Padukan' ini pun hanyalah secubit dua.

Dan bukan hanya Lian Padukan sahaja dimangsakan begitu. Mana-mana perguruan buah pukul yang kononnya 'sanad tidak jelas' dan 'diragui keaslian' akan sentiasa diintai peluang untuk dihentam oleh puak-puak yang tak pernah senang dengan perguruan 'yang tak senada' dengan perguruannya.

 Mudah untuk mengenali puak-puak ini. Jenis duk jaja nama keturunan, jaja keaslian permainan lian dan kondem kelainan yang dibawa perguruan lain. Itulah dia.

Sepanjang kawan menjadi penghuni senyap di beberapa page dan group buah pukul FB ni, kawan ada beberapa hipotesis tersendiri, iaitu:

1) Jenis sembang lebat dalam internet ni, takde gelanggang kendalian sendiri pun (kebanyakannya).
2) Lebih banyak nama-nama buah yang 'purba' dihafal, lagi banyak modal nak tunjuk handal dalam FB.
3) Nama keturunan membawa gah dalam FB, hinggakan orang lain ibarat napuh, terpaksa akur pada setiap kata-kata kau yang besar bak gajah.
4) Banyak bincang teori dalam FB lebih dari menyumbang kepada masyarakat.
5) Cukup setakat 4 di atas.

Kawan seikhlas hati mengagumi beberapa guru buah pukul di Mersing dan lain-lain tempat yang tak terjebak dalam menidak-nidakkan perguruan lain, antaranya yang kawan lihat di Persatuan Buah Pukul Mersing (PERBUKU) dan Raja Pukul Awang Daik (RPAD). Hanya perbincangan ilmiah dan aktiviti persatuan yang dipaparkan, dan dilihat sangat aktif. Ini contoh guru yang membawa amanah buah pukul untuk disebarkan kepada masyarakat. Menyumbang kepada masyarakat.

Memang benar, resam buah pukul ini untuk bertumbuk, kasar dan keras. Namun guru-guru kita juga merujuk kepada Hadith 40 susunan Imam Nawawi, di awalnya hadith masyhur ''innama a'malu binniat'. Segala sesuatu dimulakan dengan niat. Ketika terdesak dan diperlukan, buah pukul memang tiada lain, hanya 'berdiri musuh, bergerak bunuh, tutuh musuh jatuh'.

Namun, bukankah pengajaran dan pembelajaran dalam buah pukul itu juga melibatkan elemen merentas kurikulum seperti keagamaan, tauhid, fikah, akhlak, disiplin, pendidikan jasmani kesihatan, matematik dan lain-lain lagi.

Ramai kita gah dengan 'rahsia'. Oh, tak boleh ajar sebarangan. Aku dah tengok permainan yang kompem asli (tidak pula kawan tau dia pernah bertemu Syed Abdul Rahman Al-Yunani). Lian Padukan caca marba, hanya kulit tiada isinya. Dan macam-macam lagilah.

Dan dengan keegoan kita itu, adakah jenayah di negara kita semakin berkurang? Tidak!

Dengan rahsia penuh di dada dan di laman internet, adakah jenayah di negara kita semakin berkurang? Tidak!

Itu maknanya kita sembang kencang!

Sepatutnya kita sehati. Ilmu buah pukul kita pelajari ini, untuk dikembalikan kepada masyarakat. Sama-sama perbaiki diri dan masyarakat. Ilmu yang pelbagai, lain antara lain, diajarkan kepada masyarakat. Sepatutnya lebih handal kita berlian, lebih kurang kadar jenayah setempat di kejiranan kita. Namun, ini tidak berlaku kini...

Orang dulu, silatnya 3,4 tapak sahaja. Buahnya 7 biji sahaja. Namun segala kepincangan masyarakat berani ditegur. Orang luar usung anak dara kampung berani dihambat. Masjid jadi rumah kedua. Jadi tempat mengadu masyarakat. Namun, itu tidak berlaku kini...

Yang berlaku, lagi banyak tahu, lagi jadi pemecah belah. Nafikan perguruan orang, nafikan gerak orang.

Sayang, kan.

Ayuh, warga buah pukul. Satukan hati kita. Sekarang bukan waktu berbalah untuk hal-hal furuk. Hal utama, wajib kita perbetulkan masyarakat dengan sedikit keilmuan yang kita ada.

Mampu buka gelanggang, buka gelanggang. Didik murid bab adab, bab akhlak. Paling tidak, ajar anak bini peri penting seni beladiri. Tau buah 'telur mata' pun cukup dah. Tala tang telur, tang mata musuh. Tak mampu buka gelanggang, masuk gelanggang terdekat. Berlatih. Mantapkan lian anutan masing-masing. Mantapkan jasad rohani sendiri. Ini nak usung perut pun jenuh, mudah-mudah nak mengutuk orang. Haih.

Sesungguhnya ini adalah peringatan untuk diri kawan sendiri.


4 comments:

  1. Betul. Smangat mcm ni kita perlukan. Bukan kutuk mengutuk. Alangkah baiknya jika semua aliran buah pukul bersatu padu. Suatu seni beladiri yg hebat.

    Rizal RPAD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...ada yang membaca rupanya...terima kasih atas respon tuan..

      Delete
  2. Assalamualaikum. Setuju.
    Komuniti pencinta bela diri di kalangan org melayu pun tak ramai. Sgt kecil. Kat rmh flat sy, nak cari org yg suka silat pun susah juga. Ketepikan khilaf, gaduh2 ni. Kita yg sikit ni kena bersatu la.
    Kalau di jalanan, musuh kita tetap sama....penjenayah2 yg dtg tanpa diduga, sebagai contoh. Boleh jadi masa nak cucuk ATM, boleh jadi kat stesen minyak, boleh jadi dia datang masa kita tido berdengkur, bole jadi masa kita pimpin tgn anak kita masa jalan2 kat taman.
    Kita sama kita ni tak patut bermusuhan. Takde faedah pun.
    Kalau ada pun khilaf guru, org kanan, org kiri, jurulatih lama, jurulatih muda,...jgn la kita turut campur.
    Fokus pada ilmu je ye (pinjam ayat org alim ni). Ingatan utk diri sy sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih atas respon...betul tuan. Sebab tu,kita sebagai pengamal silat, kena sentiasa berwaspada, bukan setakat untuk diri sendiri,tapi untuk masyarakat juga.

      Contohnya kalau di parking mall yang sunyi, kalau kita lihat mana-mana wanita berseorangan menuju ke keretanya, kita tolonglah sama-sama pasang mata,kot-kot ada yang cuba menganiaya dia,bolehlah kita bantu. Sekadar contoh...

      Delete