Sunday 9 March 2014

BAHAN BANTU BERLATIH

Sebelum melanjut bicara, sama-samalah kita doakan keselamatan isi kapal terbang MH 370 yang menjadi isu terbesar negara di waktu ini. Al-fatihah...

Baiklah, untuk hari ini, mari kita bualkan berkenaan bahan bantu berlatih (BBB) yang boleh digunapakai untuk menajamkan lagi kemahiran dan meningkatkan prestasi kita dalam Lian Padukan. Selain senaman-senaman bercorak kalistenik iaitu menggunakan berat badan sendiri sebagai latihan bebanan, kecepatan dan ketepatan, bahan-bahan lain juga boleh digunakan.

Senaman yang dicadangkan adalah untuk beginner level. Tolong faham kondisi kesihatan anda.

DUMBBELL

Merupakan antara radas senaman yang paling mudah dan kerap ditemui. Membantu melatih kekuatan upper body terutama tangan (biceps, triceps, wrist, shoulder). Cuba buat jurus sambil memegang dumbbell, bebanan yang dibawa melatih kekuatan dan kepantasan tangan jika dibuat dengan kerap.

PUNCHING BAG

Target yang seronok dipukul tanpa rasa bersalah. Warga senibeladiri WAJIB ada punching bag di rumah masing-masing. Sangat membantu dalam melatih kekuatan, ketepatan, kepantasan dan stamina. Di gelanggang induk ada satu punching bag yang besar gedabak, seronok dibelasah waktu awal datang gelanggang. Cadangan latihan: cuba pukul punching bag dengan setiap anggota senjata, sekurang-kurangnya 3 minit. Contoh: latihan jurus 1 iaitu penumbuk selama 3 minit, terus ke siku 3 minit, lutut 3 minit dan kaki 3 minit.

KETTLEBELL

Alat senaman yang mungkin baru bagi kebanyakan rakyat Malaysia, namun sangat popular bagi pencinta kecergasan. Alat senaman yang menyeluruh, full body. Buat senaman asas kettlebell seberat 16kg (cadangan) iaitu 'swing' setidak-tidaknya 20 kali atau setakat mampu. Stamina, strength, speed, breathing, dan macam-macam lagi dilatih serentak. Nak body cantik terutama lower body part, cuba alat ini.

SKIPPING

Atau juga dikenali sebagai 'jump rope' bagi warga Amerika. Skipping adalah alat senaman antara termurah dan termudah ditemui di pasaran. Alat senaman wajib bagi kebanyakan atlet sukan tempur, terutama tinju barat. Gerakan plyometrik yang berterusan mampu menjana stamina, kepantasan tapak, kekuatan fungsi jantung, membakar lemak dan lain-lain. Lihat bagaimana pantasnya peninju-peninju mengubah tapak ketika bertinju. Cuba main selama 5 minit tanpa henti. Pelbagaikan rentak.

FOCUS MITT

Juga dikenali sebagai focus pad atau pao. Sangat baik dilatih berpasangan. Sangat membantu dalam melatih penuntut baru memahiri Jurus 1. Kebiasaannya digunakan untuk melatih kepantasan dan ketepatan sasaran yang bergerak.

PULL UP BAR

Juga dipanggil chin up bar. Senang-senang, palang bergayut. Ada dijual di TESCO, kalau nak yang murah. Ada jenis yang boleh dipasang di pintu, di dinding atau nak free, pergi saja ke taman-taman awam yang ada kemudahan 'gym at par'. Bergayut, sama ada chin up atau pull up (refer google) membantu kekuatan upper body hingga core (abdomen). Kekuatan yang dilatih mampu menjana kepantasan memukul. Cuba bergayut sebanyak 30 kali, atau ikut kemampuan. Kalau kaki tengok Hindustan, perasan tak badan Shah Rukh Khan dan Amir Khan makin cantik sekarang? Ini senaman wajib mereka.

WOODEN DUMMY

Mahal, kalau nak beli satu. Boleh refer Youtube kalau teringin nak DIY. Di gelanggang Sungai Tiram, Johor suatu ketika dahulu, jurulatih bernama Zul pernah menginisiatifkan wooden dummy menggunakan besi-besi tiang (iron dummy?) yang boleh dipasang pada tapaknya, iaitu lubang macam nak pasang tiang jaring badminton. Melatih ketepatan, kecekapan dan kekuatan kerja tangan dan kaki. Dipopularkan oleh wayang-wayang Cina macam Ip Man. Dahulu di gelanggang Gombak ada sebuah.

MAKIWARA

Popular bagi pengamal aliran-aliran Okinawa, iaitu karate. Boleh dibuat sendiri, mudah sahaja. Kegunaannya adalah untuk menguatkan buku lima dan melatih ketepatan menumbuk. Ada satu di gelanggang induk.

CERMIN

Sangat membantu bagi pengamal lian memerhatikan setiap sudut pergerakan dan perbuatan seperti gelek, tumbuk, sisip, selak dan lain-lain lagi. Juga sebagai motivasi untuk 'mengemaskan' badan, demi kesihatan. Ye lah, bila bergelek, lemak bergoncang-goncang, kan tak berapa molek jadinya. Maka, dengan kesedaran diri hasil cermin diri, kita akan sungguh-sungguh berlatih. Maaf, statement ini memang berbukti. Yang mana ligat berdebat dalam FB tu la, yang lagi tebal lemaknya. Cuba tengok Guru Pok Yee Gerak Lian. Fuhhh.. Kemas, solid..

Setiap alatan yang dikongsikan hanyalah cadangan. Nak guna alat lain pun boleh. Apa pun, yang penting, nak berlatih. Kalau ada sebuah gym setaraf Gold Gym sekalipun, kalau diri pemalas teruk, tidaklah ada maknanya.

No comments:

Post a Comment