Tuesday 3 May 2016

MENJAWAB ARTIKEL THE VOCKET: KUNGFU WING CHUN DAN SENI SILAT LIAN PADUKAN MEMBAWA KEPADA SUATU TITIK PERSAMAAN

Sebenarnya, kawan ada beberapa tulisan yang terperam. Tak sempat publish, hold dulu sebab ada idea baru. Kalau tengok di ruang posts, beberapa draft masih dalam mode 'pending' lagi, sebab belum disudahkan.

Namun, beberapa minggu lepas, kawan terkejut dengan sebuah artikel yang keluar di The Vocket, yang bertajuk seperti di atas. Boleh refer di sini.

Bukan kecil juga respon yang diterima dari pelbagai pihak. Apa pun, kawan ucapkan terima kasih atas keprihatinan penulisnya iaitu Saudara Khairul Azizi.

Walaupun tajuk tulisan kawan ini adalah "menjawab" artikel tersebut, tapi hakikatnya adalah lebih kepada respon kawan terhadap isu yang dikemukakan - titik persamaan Wing Chun dan Lian Padukan. Takda apa nak dijawab pun sebenarnya.

Secara peribadi, yakni memang pandangan peribadi kawan, bukan orang lain, persamaan ketara Wing Chun dan Lian Padukan adalah kedua-duanya merupakan 'concept-based martial art', bukan 'style-based martial art'. Itu sahaja. Persamaan-persamaan lain yang dikemukakan oleh Saudara Khairul Azizi hanyalah kebetulan.

Gerak kasar mana-mana seni beladiri adalah hampir sama pada penglihatan yang bukan ahlinya, namun bagi pengamal seni beladiri, kita boleh lihat perbezaan dari segi aplikasi dan kawalan fighting range. Contohnya, BJJ gah dalam grappling range, Muay Thai pada kicking and punching range. Sekadar menyebut beberapa, secara umum.

Walaupun saudara penulis menyatakan persamaan Wing Chun dan Lian Padukan, dan kawan mengiyakan persamaan yang kedua-duanya menekankan konsep berbanding gaya, namun konsep yang terkandung dalam kedua-duanya tetap berbeza.

Kawan terus-terang adalah lingkungan jahil tentang Wng Chun, kerana kawan BELUM PERNAH mempelajarinya secara rasmi mahupun tidak rasmi. Pendedahan Wing Chun kepada kawan hanyalah melalui filem IP MAN sahaja. Namun Lian Padukan adalah aliran yang kawan ceburi dan cintai. Sudah tentu kami melihat dengan jelas kelainan fakta yang dikemukakan oleh penulis.

'Tumbukan berantai' yang dikemukakan oleh saudara penulis mungkin (disebut 'mungkin' kerana kawan bukan orang Wng Chun) adalah suatu gaya khusus dalam Wing Chun, seperti dipaparkan dalam wayang-wayang Ip Man, namun buat pengamal Lian Padukan, ia sekadar merealisasikan konsep atau petua 'bertalu-talu tak tualu', atau banyak disebut orang silat sebagai 'tidak bermalam'.

Saudara penulis turut menyebut "chi sao" sebagai suatu latihan melatih refleks pelatih Wing Chun, yang secara literalnya kawan dikhabarkan bermaksud 'tangan melekat'. Dalam Lian Padukan, latihan bercorak seperti itu tidak hanya dilakukan berpasangan, malah boleh dilakukan secara berseorangan melalui latihan 'pelampas'. Dalam persilatan Melayu lama, kaedah seperti itu wujud dalam Silat Pulut secara berpasangan. Ini bermaksud, Lian Padukan atau mana-mana persilatan tidaklah perlu menumpang 'hype' yang dijelmakan oleh aliran Wing Chun, kerana kaedah-kaedah seperti itu sudah pun wujud secara tersendiri di alam Melayu.

Tulisan saudara penulis juga sepertinya mahu menekankan bahawa Lian Padukan adalah cedokan dari budaya luar. Tanpa menafikan adanya pengaruh-pengaruh tersebut, kerana pendukung asal Buah Pukul ke Tanah Melayu yakni Syed Abdul Rahman Al-Yunan berasal dari sana, hakikatnya Lian Padukan adalah hak milik dan hak cipta bangsa Melayu.

Untuk bukti, harap ada pihak yang boleh mengemukakan secara ilmiah bahawa Buah Pukul secara umum dan Lian Padukan secara khusus terdapat di tanah besar cina, dengan nama yang sama. Kawan yakin, tidak ada.

Buah Pukul adalah asimilasi kaedah tempur dari pelbagai gaya, namun di tangan Melayu ia sudah dimurnikan dalam bentuk tersendiri. Kawan perasan saudara penulis menggunakan kata ' Buah Pukul" pada tempat yang salah. Buah pukul bukan semata-mata latihan membangunkan kepekaan atau refleks. 'Buah' ada maksudnya, 'Pukul' ada maksudnya.

Lian Padukan sudahpun mempunyai 'bentuknya' yang tersendiri di tangan Allahyarham Pak Mat Kedidi, diperkasakan oleh Allahyarham Razak Daging dan dimurnikan oleh Ayahanda Haji Hasyim, pewaris terkini Lian Padukan. Lian Padukan adalah pusaka bangsa Melayu.

Apapun, sekalungan terima kasih kawan hadiahkan kepada saudara penulis artikel tersebut. Kawan percaya penulis adalah pengamal rasmi aliran Wing Chun, memandangkan tulisan saudara penulis condong ke arah itu. Berkenaan Lian Padukan, jika saudara penulis adalah pengamalnya, sila rujuk dengan Ayahanda Haji Hasyim untuk lebih pencerahan, betapa lainnya Lian Padukan dengan Wing Chun. Kalau minta pada kawan, yang ada hanyalah 'penggelapan'. OK, tak lawak.












2 comments:

  1. Saya saya baik saudara kaji wing chun baru tulis persama dan perbezaan..sebab tulisan saudara lebih kepada pemahaman LP...kita bolrh mengkaji tanpa mempelajari kerana sources nak dapat info tu banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih atas respon dan pesannya.

      Sebenarnya ketika menulis bab ini, walaupun kawan mengakui tidak mempelajarinya secara rasmi (berguru, bayar yuran, mendaftar), namun kawan tetap merujuk kepada pelatih rasminya, terutamanya approach penyampaian pelajarannya.

      Tulisan kawan memang bias dari pandangan Lian Padukan, terutama penggunaan istilah 'Buah Pukul' yang digunakan oleh pengarang portal tersebut, yang langsung berbeza dengan kefahaman kami dan pengamal keluarga 'Buah Pukul Mersing' yang lain.

      Apa pun, alhamdulillah, tulisan kawan diperakui tidak pun menjatuhkan martabat Wing Chun selaku seni beladiri ulung abad ini. Tulisan kawan hanyalah respon daripada oengarang portal tersebut.

      Delete